RENTETAN kejayaan filem Polis Evo 3 yang meraih kutipan tiket sebanyak RM51 juta dan menduduki tangga nombor satu filem terlaris 2023, naskhah yang mengangkat kisah kepolisian itu kini diabadikan di atas kanvas konkrit sebagai seni mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw Dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, murah tersebut dilukis sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dan penonton terhadap filem berkenaan.
“Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.
“Selain itu, menerusi lukisan mural ini, kami cuba membawa mesej selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’ kepada masyarakat di mana kita mampu melakukan dan atasi apa sahaja rintangan dengan usaha bersama,” katanya.
Mural ini menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan tagline Polis Evo 3, ‘Kita Lagi Kuat Boh’.
Simboliknya adalah tidak kira di mana jua anda berasal, kita mampu mencapai impian masing-masing dengan usaha.
Mural setinggi 1,000 kaki persegi itu merupakan hasil lakaran Abdul Rashade Studio.
Mural ini mendapat sokongan daripada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.
Selain Jastina, sesi pelancaran diadakan di lokasi mural tersebut pada pagi tadi turut dihadiri oleh pelakon utama Polis Evo 3, Shaheizy Sam dan Zizan Razak, Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Tan Lay Han, Penerbit dan wakil Produksi BlackFlag, Joel Soh serta pengarahnya, Syafiq Yusof.
Sementara itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith.
Selain itu, turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Sulaiman Mohamed.
Pihak Astro Shaw juga turut melancarkan penjualan t-shirt eksklusif Polis Evo 3 secara rasmi.
Terdapat tiga reka bentuk berbeza untuk pilihan peminat dan boleh dibeli di laman sesawang The Merchist dengan harga RM79.00.
Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.
Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam.
Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. -Gempak
Gempak
Sun Jun 25 2023
Mural ini menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan tagline Polis Evo 3, Kita Lagi Kuat Boh. -Gempak
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings (AMH) Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Dua filem aksi blockbuster 'Polis Evo 3' dan 'Fast X' tiba di Astro First
Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus kepada yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.
Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.
#PE3: Mantap boh! Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi
Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.
Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.
#PE3: Sharnaaz syukur tetap dipilih Joel Sol walau didakwa baran, suka mengamuk
Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun namanya sering dilabel antara pelakon yang sukar beri kerjasama terhadap tenaga produksi.
Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.
Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa
Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomena dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!
#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.
Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.